- Apa itu blog ?
Perkataan Blog berasal dari singkatan perkataan Web Log adalah satu laman web yang boleh disunting dengan pelbagai artikel dan widget dari masa ke semasa mengikut citarasa anda.
- Definisi Blog
Menurut RidwanAZ.com, blog adalah sebuah website yang mebolehkan penggunanya dapat menulis atau memaparkan pelbagai hal sesuai dengan keinginannya dengan mudah, (tanpa harus memiliki pengetahuan html rumit) dan dapat dibaca oleh pengunjungnya. Dengan urutan tulisan terbalik dimana tulisan terbaru berada di paling atas kemudian diikuti oleh tulisan lama di belakangnya. Pada awalnya blog hanya berisi sebuah catatan peribadi atau diari online pemiliknya, namun kini topik blog telah berkembang lebih luas meliputi pelbagai pengetahuan, seperti pendidikan, kesihatan, teknologi dan lain-lain. Bahkan blog juga telah digunakan oleh sebuah perusahaan sebagai media untuk lebih dekat dengan pelanggan dan bisnesnya. (referensi, wikipedia.com blogger.com
Pertama sekali, untuk membina blog sendiri anda memerlukan satu akaun e-mel dari Google. Saya mengesyorkan anda membuka akaun e-mel dari google kerana anda boleh menggunakan kat laluan yang sama untuk login ke blogger. Perkara ini tentu memudahkan anda untuk mengingati kata laluan.
- Cara bina blog
Pertama sekali, untuk membina blog sendiri anda memerlukan satu akaun e-mel dari Google. Saya mengesyorkan anda membuka akaun e-mel dari google kerana anda boleh menggunakan kat laluan yang sama untuk login ke blogger. Perkara ini tentu memudahkan anda untuk mengingati kata laluan.
- Dapatkan blog percuma
Menggunakan blog percuma adalah satu platform yang baik bagi proses pembelajaran orang baru (newbie) yang ingin berjinak-jinak dengan blog ini sebelum menggunakan blog yang berbayar. Ikuti langkah mudah yang seterusnya di bawah ini.
_________________________________________________________________________________
[Step 1 ]
Layari blogger untuk membina satu blog impian anda. Paparan seperti berikut akan terpapar, kemudian gunakan kata laluan yang sama dengan kata laluan e-mel anda .
[ Step 2 ]
Pada bahagian Display Name ini anda letakkan nama yang anda ingin paparkan dalam blog nanti. Contohnya di sini, saya meletakkan nama sebagai Faiz Shafie atau apa-apa nama yang anda suka. Email Notification dan Acceptance Of Terms klik dalam box tersebut (seperti dipaparkan). Kemudian tekan butang CONTINUE
[ Step 3 ]
Pada Blog Title letakkan apa-apa tajuk untuk blog anda. Blog anda perlukan tajuk juga. Contohnya, saya letakkan Blog Saya. Nama blog ini anda boleh tukar dari masa ke semasa. Pada ruang, Blog Adress (URL) pilih nama yang sesuai dengan tajuk blog anda. Contoh, saya letkkan nama blog saya FaizShafieBlog (pastikan nama blog anda ditulis rapat-rapat). Kemudian. tekan butang CONTINUE
[ Step 4 ]
Pada bahagian ini, teruskan lagi dengan mengklik butang CONTINUE. (Anda boleh juga menukar theme blogspot yang lebih cantik)
[ Step 5 ]
Tahniah! Blog anda telah siap di bina. Sebelum itu, cuba membuat post ke dalam blog baru anda. Lihat langkah di bawah.
[ Step 6 ]
Ini blog anda, tulis apa-apa artikel yang anda mahu tetapi pastikan artikel anda bermanfaat untuk orang lain dan tidak menyentuh isu-isu yang sensitif. Kemudian, klik butang CONTINUE lagi.
[ Step 7 ]
Kemudian, artikel yang baru anda siap tulis tadi telah dipaparkan ke dalam blog anda. Jemput kawan-kawan anda ke blog anda.
[ Step 8 ]
Untuk tutorial yang seterusnya saya akan tunjukkan bagaimana cara nak upload gambar ke dalam blog.
[ Step 9 ]
Anda buat post yang baru, kemudian untuk masukkan gambar klik ICON add an image seperti yang di tunjukkan dalam gambar.
[ Step 10 ]
Kemudian klik CHOOSE FILE untuk upload gambar yang terletak di dalam komputer anda.
[ Step 11 ]
Kemudian pilih gambar yang hendak di masukkan. Kemudian klik OPEN.
[ Step 12 ]
Gambar sudah berjaya di upload, anda boleh sambung menulis jika ada lagi sambungan. Jika dah selesai menulis, just klik PUBLISH POST untuk publishkannya di blog anda.
Ok dah selesai publish kan ke blog, dan hasilnya seperti dalam gambar di atas.
[ Step 13 ]
Selain daripada boleh meletakkan gambar di blog ini, anda juga boleh meletakkan video-video yang menarik daripada youtube dan di letakkan di dalam blog. Sebenarnya tersangat mudah untuk melakukannya. So untuk tutorial cara buat blog seterusnya saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana cara mudah nak letak video youtube ke blog anda tanpa perlu bersusah payah.
[ Step 14 ]
Pergi ke dashboard anda, dan klik NEW POST.
[ Step 15 ]
Kemudian klik ikon INSERT VIDEO seperti di atas.
[ step 16 ]
Kemudian klik FROM YOUTUBE kemudian masukkan url video youtube tersebut di dalam ruangan yang di sediakan. Kemudian klik SEARCH VIDEO.
Bagaimana nak dapatkan url tersebut?
Anda pergi ke laman youtube.com, kemudian anda cari video yang yang hendak di letakkan, kemudian anda mainkan video tersebut. Di atas sekali pada bahagian url terdapat link url video tersebut. Copy url tersebut. Rujuk gambar di bawah.
[ Step 17 ]
Kemudian selepas anda klik butang SEARCH VIDEO, video yang anda mainkan di youtube tadi terus muncul, kemudian klik pada video tersebut, kemudian klik SELECT
[ Step 18 ]
Video tersebut telah berjaya di masukkan ke blog anda. Anda boleh untuk menambah artikel di bawah video tersebut. Kemudian klik PUBLISH apabila dah selesai.
Inilah hasilnya. Video tersebut telah berjaya dimasukkan ke dalam blog.
Sangat mudah dan selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment