SELAMAT DATANG ke blog kami , Sila tinggalkan jejak langkah anda untuk comment salah satu entry kami and FOLLOW ! Terima kasih

Monday, 21 May 2012

Cara Penyediaan kuih Tempatan



Matapelajaran : Kemahiran Hidup ( Pilihan Ekonomi Rumahtangga)


Aras 1   • Menerangkan pengertian kuih tempatan
           • Menerangkan sumber kuih tempatan
           • Memilih kuih tempatan dan sumber
           • Menyedia, memasak, menghias, menghidang dan mengira kos kuih tempatan

Pengertian Kuih Tempatan

Kuih tempatan ialah kuih yang diperbuat daripada bahan temapatan seperti gula Melaka, kelapa, tepung beras, tepung pulujt, ubi kayu, keledek, pisang, keladi dan sagu. Kuih ini mengandungi karbohidrat, lemak tetapi kurang protein dan garam mineral.
____________________________________________________________________

Januari - Kuih Seri Muka



Bahan-bahan ( Loyang 24cm@91/2 inch )



Cara-cara Penyediaan

  1. Alat pengukus disediakan terlebih dahulu, pastikan air mendidih. 
  2. Beras pulut yang telah dibasuh bersih dan ditoskan dicampurkan dengan santan, air dan garam dikacau sebati. 
  3. Pindahkan ke loyang dan kukuslah selama kurang lebih 20 minit, dibuka dan kacau sedikit bagi memastikan pulut dan santan sebati. Sambung mengukus dalam 10 minit. 
  4. Setelah siap kukus, menggunakan belakang senduk nasi dan plastik, tekan mampatkan pulut ke dalam loyang supaya padat, ketepikan. 
  5. Bahagian atas boleh disediakan semasa menunggu pulut dikukus. 
  6. Di dalam pengisar, masukkan kesemua bahan kedalam pengisar dan kisar sebati dalam kurang lebih seminit. Warna hijau adalah bergantung kepada citarasa masing. Sekiranya suka hijau pekat maka warna boleh dilebihkan
  7. Setelah itu tuang adunan ke atas Bahagian bawah dan kukuslah selama 45 minit. Kuih Seri Muka disejukkan dulu sebelum di potong untuk dihidangkan. 


8 .Nota: Sukatan beras pulut,menggunakan measuring cup pada paras senggat bawah,bukan penuh. Sekadar mengurangkan 50ml. Rujuk gambar. 

Februari - Kuih ketayap


Bahan-bahan ( 3-5 orang )


Cara-cara Penyediaan

UNTUK INTI : Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

UNTUK KULIT : Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika u all guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika u all nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda

Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dihidang.

Mac - Kuih keria


Bahan-bahan ( 20 biji saiz comel2 )





______________________________________________________________
SEKIAN TERIMA KASIH 
______________________________________________________________















No comments:

Post a Comment