SELAMAT DATANG ke blog kami , Sila tinggalkan jejak langkah anda untuk comment salah satu entry kami and FOLLOW ! Terima kasih

Thursday, 24 May 2012




MODUL LATIHAN TINGKATAN SATU



Nama : ____________________________       Tingkatan : 1 __

JAWAB SEMUA SOALAN
Bahagian A ( Organisasi Bengkel Dan Keselamatan )
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat

Sesi amali dalam bengkel kemahiran hidup diketuai oleh ________________.
Amalan 4M merangkumi _____________, _______________, ___________, serta _______________.
_________________________adalah berfikir secara positif dan sikap tanggungjawab dalam melakukan tugas di bengkel.
_______________________mestilah sentiasa berkeadaan baik dan mudah diambil apabila diperlukan.
Murid perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan________________ serta cara penggunaan _________________
Keselamatan am meliputi peraturan _______________, ________________, _________________, dan __________.
Murid mestilah memakai ____________dan _____________semasa membuat kerja amali di dalam bengkel.
_______________________ bermaksud disiplin dan sikap terhadap kerja.
Murid perlu bersikap ____________________ dalam menjaga harta benda di dalam bengkel.______________bermaksud peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sesebuah organisasi.


Bahagian B ( Elektrik )
 Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.


Sumber-sumber yang menghasilkan tenaga elektrik daripada tindakan kimia ialah _____________dan ____________.
Campuran ____________ dan _______________digunakan sebagai elektrolit dalam sel kering.
Bahan kimia ___________, ____________dan _____________ akan menghasilkan tenaga elektrik apabila menerima pancaran.
______________________ digunakan untuk menguji dan mengesan kebocoran arus atau wayar hidup.
________________________ sesuai digunakan untuk memasukkan wayar pada tempat yang sempit dan sukar.
________________________sesuai digunakan untuk membuat gegelung  pada motor elektrik dan transformer.
______________ dan __________________ sesuai digunakan untuk pendawaian alatan elektrik yang menghasilkan haba.
Plag 3 pin 13 ampere mempunyai tiga tamatan iaitu _______, ______, dan _______.
______________ yang dipasang pada litar elektrik berfungsi untuk melindungi litar dan perkakas elektrik.
Tiub lampu pendafluor diisi dengan _______________ dan ______________.

Jahitan Tampal Hias


Antara langkah - langkah untuk membuat JAHITAN TAMPAL HIAS




1. Langkah pertama untuk membuat sebuah bendera menggunakan jahitan tampal hias ialah, penyediaan alatan dan bahan seperti, fabrik, glu, gunting dan sebagainya.

2. Potong fabrik latar berbentuk lencana sebanyak 2 keping. Saiznya lebih kurang 25cm x 35cm.

3. Motif seperti huruf, dan corak mesti disediakan dahulu menggunakan fabrik baldu. Proses ini terlalu rumit dan memerlukan kesabaran. Penyediaan huruf dan corak yang kecil memerlukan ketelitian supaya hasilnya sempurna. Potong setiap huruf dan corak dengan gunting yang tajam.







4. Motif yang utama ialah corak padi yang dibina dibahagian bawah. Ia perlu dijahit terlebih dahulu supaya bentuknya lebih seimbang. Lencana ini perlu disediakan dalam 2 set untuk bahagian depan dan belakang.










5. Gunakan mata jahitan yang paling kecil untuk menjahit semua motif.





6. Setiap bahagian perlu disusun dengan betul sebelum proses menjahit dimulakan.





7. Penyediaan bahagian tengah obor ini adalah cara memindahkan corak motif ke fabrik. Gunakan kapur tukang jahit untuk memmindahkan corak atau pensel yang boleh dipadam.






8. Setiap motif digam sedikit untuk mengelakkan motif berselerak semasa proses menjahit.




9. jahitan sulaman digunakan bagi menampal motif. Proses ini menggunakan benang berwarna hitam untuk menimbulkan kesan corak.






10. Sulaman menggunakan mesin jahit ini dibuat pada keseluruhan motif kecuali huruf.






11. Huruf-huruf disusun dengan teliti supaya tiada kesilapan ejaan. Terdapat 2 saiz yang berbeza iaitu bagi perkataan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK DATOK BANTING dan PELAJARAN SULUH PENGHIDUPAN.






12. Setiap huruf dijahit dengan mata jahitan yang paling halus.






13. Pastikan semua huruf telah dijahit dengan sempurna.





14. Proses membuat lencana telah selesai. Kini masanya untuk menampal kedua keping lencana di bahagian hadapan dan belakang agar sama dan tidak nampak cacat. Sulamkan dengan saiznya yang lebih besar untuk memastikan kedua-dua belah bercantum.





15. Bahagian ini perlu diletakkan di bahagian bawah lencana. Kaedah yang sama digunakan untuk mencantum bahagian ini.





16. Inilah hasil dari seni jahitan tampal hias dan tampal cantum.


Tampal cantum adalah fabrik latar yang dapat dilihat dari cantuman fabrik ungu dan kuning.
Tampal hias pula adalah motif lencana yang ditampal pada fabrik latar tersebut.


Diharap pelajar dapat memahami perbezaan di antara fabrik latar, seni jahitan tampal hias, tampal cantum dan jahitan sulaman.



______________________________________________________________________________

SEKIAN TERIMA KASIH 
_______________________________________________________________________________

KENALI MESIN JAHITAN



1. ALATAN JAHITAN




Gunting 
Kegunaan - untuk memotong kain dan benang 

Jarum peniti
Kegunaan - untuk menyemat kain dan kertas ketika memotong dan menjahit artikel 

Penetas
 Kegunaan - untuk membuka semula jahitan yang silap 

Kapur penanda
 Kegunaan - untuk menanda garisan potongan dan jahitan 

Pita Pengukur
Kegunaan - untuk mengukur di atas kain dan kertas 


2. MESIN JAHIT


Sebuah mesin jahit model lama



Jenis dan fungsi mesin jahit

Mesin jahit tangan
* Mesin jahit lama. menggunakan tangan untuk memusingkan roda imbang 

 Mesin jahit kaki
* Mesin jahit yang murah dan popular, menggunakan kaki untuk memusingkan roda imbang 

Mesin jahit elektrik
* Mesin jahit yang menggunakan motor elektrik untuk memusingkan roda imbang 

Mesin jahit elektronik
* Mesin jahit dikawal sebahagian fungsi dan pergerakannya oleh papan elektronik dengan menggunakan                    kuasa elektrik



Mesin jahit kaki




Mesin elektrik


Mesin tangan

Mesin elektronik

Tuesday, 22 May 2012

Cara-cara membuat kuih


Cara-cara bagaimana untuk membuat KUIH KETAYAP & KERIA



KUIH KETAYAP



KUIH KERIA

_________________________________________________________________________

SELAMAT MENCUBA
___________________________________________________________________________

Ahli kumpulan Guru KHB Pilihan ERT



President 


Ahli kumpulan 




______________________________________________________________________________




Monday, 21 May 2012

Cara Penyediaan kuih Tempatan



Matapelajaran : Kemahiran Hidup ( Pilihan Ekonomi Rumahtangga)


Aras 1   • Menerangkan pengertian kuih tempatan
           • Menerangkan sumber kuih tempatan
           • Memilih kuih tempatan dan sumber
           • Menyedia, memasak, menghias, menghidang dan mengira kos kuih tempatan

Pengertian Kuih Tempatan

Kuih tempatan ialah kuih yang diperbuat daripada bahan temapatan seperti gula Melaka, kelapa, tepung beras, tepung pulujt, ubi kayu, keledek, pisang, keladi dan sagu. Kuih ini mengandungi karbohidrat, lemak tetapi kurang protein dan garam mineral.
____________________________________________________________________

Januari - Kuih Seri Muka



Bahan-bahan ( Loyang 24cm@91/2 inch )



Cara-cara Penyediaan

  1. Alat pengukus disediakan terlebih dahulu, pastikan air mendidih. 
  2. Beras pulut yang telah dibasuh bersih dan ditoskan dicampurkan dengan santan, air dan garam dikacau sebati. 
  3. Pindahkan ke loyang dan kukuslah selama kurang lebih 20 minit, dibuka dan kacau sedikit bagi memastikan pulut dan santan sebati. Sambung mengukus dalam 10 minit. 
  4. Setelah siap kukus, menggunakan belakang senduk nasi dan plastik, tekan mampatkan pulut ke dalam loyang supaya padat, ketepikan. 
  5. Bahagian atas boleh disediakan semasa menunggu pulut dikukus. 
  6. Di dalam pengisar, masukkan kesemua bahan kedalam pengisar dan kisar sebati dalam kurang lebih seminit. Warna hijau adalah bergantung kepada citarasa masing. Sekiranya suka hijau pekat maka warna boleh dilebihkan
  7. Setelah itu tuang adunan ke atas Bahagian bawah dan kukuslah selama 45 minit. Kuih Seri Muka disejukkan dulu sebelum di potong untuk dihidangkan. 


8 .Nota: Sukatan beras pulut,menggunakan measuring cup pada paras senggat bawah,bukan penuh. Sekadar mengurangkan 50ml. Rujuk gambar. 

Februari - Kuih ketayap


Bahan-bahan ( 3-5 orang )


Cara-cara Penyediaan

UNTUK INTI : Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

UNTUK KULIT : Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika u all guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika u all nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda

Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dihidang.

Mac - Kuih keria


Bahan-bahan ( 20 biji saiz comel2 )





______________________________________________________________
SEKIAN TERIMA KASIH 
______________________________________________________________















Thursday, 17 May 2012

Pengenalan - Bagaimana Hendak Membuat Blog


  • Apa itu blog ?

Perkataan Blog berasal dari singkatan perkataan Web Log adalah satu laman web yang boleh disunting dengan pelbagai artikel dan widget dari masa ke semasa mengikut citarasa anda.

  • Definisi Blog

Menurut RidwanAZ.com, blog adalah sebuah website yang mebolehkan penggunanya dapat menulis atau memaparkan pelbagai hal sesuai dengan keinginannya dengan mudah, (tanpa harus memiliki pengetahuan html rumit) dan dapat dibaca oleh pengunjungnya. Dengan urutan tulisan terbalik dimana tulisan terbaru berada di paling atas kemudian diikuti oleh tulisan lama di belakangnya. Pada awalnya blog hanya berisi sebuah catatan peribadi atau diari online pemiliknya, namun kini topik blog telah berkembang lebih luas meliputi pelbagai pengetahuan, seperti pendidikan, kesihatan, teknologi dan lain-lain. Bahkan blog juga telah digunakan oleh sebuah perusahaan sebagai media untuk lebih dekat dengan pelanggan dan bisnesnya. (referensi, wikipedia.com blogger.com

  • Cara bina blog


Pertama sekali, untuk membina blog sendiri anda memerlukan satu akaun e-mel dari Google. Saya mengesyorkan anda membuka akaun e-mel dari google kerana anda boleh menggunakan kat laluan yang sama untuk login ke blogger. Perkara ini tentu memudahkan anda untuk mengingati kata laluan.

  • Dapatkan blog percuma

Menggunakan blog percuma adalah satu platform yang baik bagi proses pembelajaran orang baru (newbie) yang ingin berjinak-jinak dengan blog ini sebelum menggunakan blog yang berbayar. Ikuti langkah mudah yang seterusnya di bawah ini.

_________________________________________________________________________________

[Step 1 ]

Layari blogger untuk membina satu blog impian anda. Paparan seperti berikut akan terpapar, kemudian gunakan kata laluan yang sama dengan kata laluan e-mel anda .






[ Step 2 ]

Pada bahagian Display Name ini anda letakkan nama yang anda ingin paparkan dalam blog nanti. Contohnya di sini, saya meletakkan nama sebagai Faiz Shafie atau apa-apa nama yang anda suka. Email Notification dan Acceptance Of Terms klik dalam box tersebut (seperti dipaparkan). Kemudian tekan butang CONTINUE



[ Step 3 ]

Pada Blog Title letakkan apa-apa tajuk untuk blog anda. Blog anda perlukan tajuk juga. Contohnya, saya letakkan Blog Saya. Nama blog ini anda boleh tukar dari masa ke semasa. Pada ruang, Blog Adress (URL) pilih nama yang sesuai dengan tajuk blog anda. Contoh, saya letkkan nama blog saya FaizShafieBlog (pastikan nama blog anda ditulis rapat-rapat). Kemudian. tekan butang CONTINUE



[ Step 4 ]

Pada bahagian ini, teruskan lagi dengan mengklik butang CONTINUE. (Anda boleh juga menukar theme blogspot yang lebih cantik)


[ Step 5 ]

Tahniah! Blog anda telah siap di bina. Sebelum itu, cuba membuat post ke dalam blog baru anda. Lihat langkah di bawah.



[ Step 6 ]

Ini blog anda, tulis apa-apa artikel yang anda mahu tetapi pastikan artikel anda bermanfaat untuk orang lain dan tidak menyentuh isu-isu yang sensitif. Kemudian, klik butang CONTINUE lagi.


[ Step 7 ]

Kemudian, artikel yang baru anda siap tulis tadi telah dipaparkan ke dalam blog anda. Jemput kawan-kawan anda ke blog anda.



[ Step 8 ]

Untuk tutorial yang seterusnya saya akan tunjukkan bagaimana cara nak upload gambar ke dalam blog.

[ Step 9 ]

Anda buat post yang baru, kemudian untuk masukkan gambar klik ICON add an image seperti yang di tunjukkan dalam gambar.


[ Step 10 ]

Kemudian klik CHOOSE FILE untuk upload gambar yang terletak di dalam komputer anda.



[ Step 11 ]

Kemudian pilih gambar yang hendak di masukkan. Kemudian klik OPEN.

[ Step 12 ]

Gambar sudah berjaya di upload, anda boleh sambung menulis jika ada lagi sambungan. Jika dah selesai menulis, just klik PUBLISH POST untuk publishkannya di blog anda.



Ok dah selesai publish kan ke blog, dan hasilnya seperti dalam gambar di atas.

[ Step 13 ]

Selain daripada boleh meletakkan gambar di blog ini, anda juga boleh meletakkan video-video yang menarik daripada youtube dan di letakkan di dalam blog. Sebenarnya tersangat mudah untuk melakukannya. So untuk tutorial cara buat blog seterusnya saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana cara mudah nak letak video youtube ke blog anda tanpa perlu bersusah payah.



[ Step 14 ]

Pergi ke dashboard anda, dan klik NEW POST.




[ Step 15 ] 

Kemudian klik ikon INSERT VIDEO seperti di atas.


[ step 16 ]

Kemudian klik FROM YOUTUBE kemudian masukkan url video youtube tersebut di dalam ruangan yang di sediakan. Kemudian klik SEARCH VIDEO.

 Bagaimana nak dapatkan url tersebut?
Anda pergi ke laman youtube.com, kemudian anda cari video yang yang hendak di letakkan, kemudian anda mainkan video tersebut. Di atas sekali pada bahagian url terdapat link url video tersebut. Copy url tersebut. Rujuk gambar di bawah.

[ Step 17 ]

Kemudian selepas anda klik butang SEARCH VIDEO, video yang anda mainkan di youtube tadi terus muncul, kemudian klik pada video tersebut, kemudian klik SELECT



[ Step 18 ]

Video tersebut telah berjaya di masukkan ke blog anda. Anda boleh untuk menambah artikel di bawah video tersebut. Kemudian klik PUBLISH apabila dah selesai.




Inilah hasilnya. Video tersebut telah berjaya dimasukkan ke dalam blog. 
Sangat mudah dan selamat mencuba.